BORONG BARANG-BARANG KEPERLUAN HARIAN KASUT FUTSAL BERJENAMA LEO,ASIASPORT MARSHARE,INFO,PAN BREAKER. |T-SHIRT PRINTING|GADGET IPHONE|PERABOT PALLET|DIJAMIN BERKUALITI DAN TERKENAL DENGAN HARGA YANG TERAMAT MURAH
Monday, December 13, 2010
Sumo Paint. Website online paling 'Superb' untuk Image Editor
Sumopaint.com adalah sebuah komuniti seni online yang membantu pengguna mencipta, berkongsi, menjelajah dan berkreatif menerusi aplikasi foto seakan Photoshop. Apa yang anda perlukan cuma Flash player untuk menggunakan aplikasi online ini.
Apabila anda mendaftar dengan Sumo Paint, ianya memberi kelebihan untuk anda menyimpan dan menyambung semula suntingan foto atau lukisan foto yang sedang anda lakukan. Ia juga membolehkan anda menggunakan lebih banyak ciri, tools dan servis. Sekiranya anda tidak mahu mendaftar sekalipun, ia tidak menjadi masalah kerana tools yang disediakan sudah cukup untuk anda berkreatif dengan foto digital anda.
Apabila anda klik pada butang Open Sumo Paint, window baru akan terpapar, di mana anda boleh memulakan kerja-kerja kreatif tanpa had. Antara tool yang disediakan seperti Filter efek 3D, Blur, Distort, efek cahaya, Stylize dan banyak lagi. Hanya klik dan ia dilakukan secara automatik. Seperti mana Photoshop, Sumo Paint turut menyediakan Swatches, fungsi Layers dan tentunya peralatan suntingan penting lain. Gambar yang dihasilkan juga boleh dimuat turun terus ke hard drive anda.
Selain itu, anda boleh melihat dan memuat turun imej yang dihasilkan pengguna lain di Sumo Paint atau mungkin anda sendiri ingin berkongsi imej yang anda hasilkan di Sumo Paint dan menerima komen terhadapnya. Ia turut dikelaskan mengikut kategori terbaharu, kegemaran dan undian terbanyak. Sumo Community juga turut membolehkan anda bersosial dengan pengguna lain.
Seni Orang Sangap
Kalau anda dah bosan dengar lecturer kat depan kelas.
Atau anda kat ofis dan dah takde bende lain nak buat selain tengok Gosip Artis Beautifulnara.
Atau asyik tekan refresh kat facebook.
Mari kita keluarkan pensel, kertas, gunting dan gunakan kreativiti kita yg terpendam tu;
macam nih~~
Atau anda kat ofis dan dah takde bende lain nak buat selain tengok Gosip Artis Beautifulnara.
Atau asyik tekan refresh kat facebook.
Mari kita keluarkan pensel, kertas, gunting dan gunakan kreativiti kita yg terpendam tu;
macam nih~~
Katak makan tikus

LONDON - Seekor katak Afrika yang besar dan ganas dirakamkan memakan seekor tikus tanah sebagai hidangannya. Dengan kulit menggerutu dan berwarna kelabu, ia cukup untuk membuatkan haiwan kecil lain takut untuk berada berhampiran dengannya.
Katak ini mampu melompat setinggi 3.65m. Jika digigit, mangsa yang menjadi hidangannya akan berasa seperti terkena serpihan kaca tajam. Ia merupakan katak pemangsa bersaiz besar yang duduk dan menunggu haiwan berjalan di hadapannya.
Katak ini dirangsang oleh pergerakan dan akan menyambar hampir semua benda yang berada dalam jangkauannya, termasuklah tikus. Mangsa akan mati akibat lemas atau terkejut sebelum dihadam. Jika mangsanya terlalu besar, ia akan memuntahkannya dan menunggu makanan yang lain.
Walaupun nampak ganas, katak ini dikatakan sebagai ibu bapa yang baik dan akan melindungi anak-anaknya daripada diganggu.Ia gemar menjadikan serangga, tikus tanah, burung malah katak-katak lain sebagai makanannya.
Beratnya boleh mencecah 2kg, sepanjang 24cm. Ia boleh ditemui di bahagian selatan, tengah dan timur Afrika, selain saiznya sedikit kecil berbanding katak gergasi yang hidup di Cameroon.
4 musim dalam satu gambar
Gambar di atas ialah gambar pokok di satu tempat yang sama diambil gambar pada empat musim.
Baca Seterusnya.. »
Kisah Hidup Mahmoud Ahmadinejad
December 13th, 2010
Menjadi isuhangat baru-baru ini Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad melelong kereta Peugeot 504 yang dimilikinya pada 1977 untuk tujuan kebajikan,wang hasil lelongan kereta itu diserahkan kepada projek perumahan Mehr untuk penduduk yang berpendapatan rendah.

Selepas beliau dipilih menjadi Presiden Iran pada 2005, antara aset yang diisytiharkannya ialah rumah di kawasan kelas pertengahan berusia 40 tahun di timur Teheran dan kereta Peugeot berwarna putih tersebut.
Berikut adalah kisah hidup Mahmoud Ahmadinejad
Kisah hidup Mahmoud Ahmadinejad selalu diperkatakan di blog-blog tapi saya memilih cerita Mahmoud Ahmadinejad sebagai perkongsian kerana kagum dengan kezuhudan beliau untuk dimasukkan di kategori tokoh hangat.
Mahmoud Ahmadinejad lahir di sebuah kampung pertanian di daerah Aradan, dekat Garmsar, sekitar 120 kilometer arah tenggara Teheran.
Baca Seterusnya.. »
Selepas beliau dipilih menjadi Presiden Iran pada 2005, antara aset yang diisytiharkannya ialah rumah di kawasan kelas pertengahan berusia 40 tahun di timur Teheran dan kereta Peugeot berwarna putih tersebut.
Berikut adalah kisah hidup Mahmoud Ahmadinejad
Kisah hidup Mahmoud Ahmadinejad selalu diperkatakan di blog-blog tapi saya memilih cerita Mahmoud Ahmadinejad sebagai perkongsian kerana kagum dengan kezuhudan beliau untuk dimasukkan di kategori tokoh hangat.
Mahmoud Ahmadinejad lahir di sebuah kampung pertanian di daerah Aradan, dekat Garmsar, sekitar 120 kilometer arah tenggara Teheran.
Baca Seterusnya.. »
Subscribe to:
Posts (Atom)