LONDON - Seekor katak Afrika yang besar dan ganas dirakamkan memakan seekor tikus tanah sebagai hidangannya. Dengan kulit menggerutu dan berwarna kelabu, ia cukup untuk membuatkan haiwan kecil lain takut untuk berada berhampiran dengannya.
Katak ini mampu melompat setinggi 3.65m. Jika digigit, mangsa yang menjadi hidangannya akan berasa seperti terkena serpihan kaca tajam. Ia merupakan katak pemangsa bersaiz besar yang duduk dan menunggu haiwan berjalan di hadapannya.
Katak ini dirangsang oleh pergerakan dan akan menyambar hampir semua benda yang berada dalam jangkauannya, termasuklah tikus. Mangsa akan mati akibat lemas atau terkejut sebelum dihadam. Jika mangsanya terlalu besar, ia akan memuntahkannya dan menunggu makanan yang lain.
Walaupun nampak ganas, katak ini dikatakan sebagai ibu bapa yang baik dan akan melindungi anak-anaknya daripada diganggu.Ia gemar menjadikan serangga, tikus tanah, burung malah katak-katak lain sebagai makanannya.
Beratnya boleh mencecah 2kg, sepanjang 24cm. Ia boleh ditemui di bahagian selatan, tengah dan timur Afrika, selain saiznya sedikit kecil berbanding katak gergasi yang hidup di Cameroon.