Tuesday, December 14, 2010

Planet Nibiru tak langgar Bumi


INILAH planet Nibiru yang dikatakan akan melanggar planet Bumi pada tahun 2012

KUALA LUMPUR - Kerajaan menolak dakwaan bahawa Planet X atau Planet Nibiru akan melanggar Bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada tahun 2012.
Agensi Angkasa Negara (Angkasa) telah bekerjasama dengan agensi angkasa lepas antarabangsa seperti Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat bagi menjalankan pemantauan berhubung dakwaan tersebut.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili berkata, NASA juga mengatakan bahawa tiada bukti sahih tentang kewujudan Planet Nibiru dalam pencerapannya.
"Setakat ini tiada satu pun objek dalam angkasa lepas yang dikenal pasti memberi ancaman kepada Bumi secara langsung.
"Sekiranya kewujudan planet itu sahih, ia akan dapat dilihat dengan mata kasar dan pastinya ahli astronomi akan buat pemantauan objek tersebut kerana semakin menghampiri bumi seperti yang dikatakan," katanya pada sesi soal jawab Dewan Negara di Parlimen di sini semalam.

Tabung Ayam