Saturday, December 19, 2009

Tapak kaki Nabi Adam A.S

Wallahualam, tapak kaki Nabi Adam A.S yang dikatakan berada di Sri Lanka. Atuk kita semua. Ingat kita semua adalah bersaudara.



Baca lagi.. »

Kawasaki



Tarikh : 19 Dec 2009
Tempat : Wakil Insuran
Info : Msa Dow round2 na byaq insuran smpat snp kawasaki nie....
haram x lwa pon.... tp bley r tahan.... huhu...

Friday, December 18, 2009

MY TAGGED







Gambaran ALAM MAHSYAR



1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala
(bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a. s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar
(umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit- bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
10. Terdapat satu kolam ( ??? ) kepunyaan Nabi Muhammad s. a. w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi
(tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a. s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a. s., Nabi Ibrahim a. s., Nabi Musa a. s., Nabi Isa a. s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a. s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s. a. w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.
14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
15. ‘Arasy ( ??? ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah
(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
16. Kursi ( ???? ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s. a. w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s. a. w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
26. Syafaat Nabi Muhammad s. a.. w. di akhirat :
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.
27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan
5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura
2004.
Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:
“Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong .” (An-Nahl ayat
105)
“Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka.”(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)
-Berpesan-pesan sesama insan-

MEMBUKA PINTU REZEKI



Salams, for sharing…..
Dato’ Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata….. .
” setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )”……… nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…
Berdasarkan Hadith Nabi :
“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”
Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. …tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah
Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….. . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari – Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
Berusaha dan bertawakal.. …insyallah , – rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, (kata Azmil Mustapha)… ..Mari kita cuba .Allahhuakhbar. ..
Insya Allah
Wallahuallam..

Taubat Nasuha



Firman Allah SWT yang bermaksud “Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai sekalian Mukmin, semoga kamu mendapat kemenangan” (Surah an-Nur: ayat 31). Taubat adalah perasaan kesal yang amat sangat dan menimbulkan keazaman dan niat untuk berubah. Manusia yang bertaubat tahu maksiat adalah halangan memperoleh kasih sayang Allah SWT, oleh itu dia akan bersungguh-sungguh meninggalkan maksiat yang pernah dilakukan dan memohon keampunan Allah SWT.

Cara dan syarat taubat nasuha ialah:
Berazam meninggalkan maksiat serta-merta walaupun berkemungkinan seseorang tergelincir sekali lagi dalam melakukan kesalahan. Seperti firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, Lagi Maha Bijaksana).” (Surah al-Nisa, ayat 17)
Menyesal dan benci dengan sebenar-benarnya perbuatan maksiat iaitu sedaya upaya menjauhinya. Ada ulama menyatakan jika seseorang dapat menahan godaan maksiat itu tujuh kali atau tujuh tahun, maka dia tidak akan dihinggapi maksiat berkenaan selama-lamanya.
Melakukan ketaatan dan kebaikan bagi menebus kesalahan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Setiap orang yang melakukan dosa, kemudian dia berwuduk dan memperbetulkan, lalu dia bersembahyang dua rakaat dan memohon keampunan, Allah SWT akan mengampunkannya.” (Riwayat Ahmad)
Bagaimanapun dalam kes zina, seseorang yang ingin bertaubat perlu merahsiakan kesilapannya. Jika dia mengaku kepada pemerintah atau diketahui pemerintah, hukuman hudud wajib terhadapnya tetapi taubatnya juga sah.

Pak Nan Koteaw Kerang !!





Date : 2009
Time : Lewat Malam
Place : Pak Nan Koteaw Kerang Jejawi Perlis
Info : simpang 3 traffic light nak ke JPJ Jejawi.. sebelah dengan masjid Jejawi sg adam aja.. kalau tak jumpa call sofie leh bagi direction yang sebenar benarnya he he he  2 Kupanang !!!! :)

Pengantin maut selepas 4 jam nikah @ Alor Sena Perlis



PADANG BESAR 11 Dis. – Ajal maut dan jodoh pertemuan di tangan tuhan. Itu hakikat yang berlaku kepada seorang pengantin lelaki, Mohd. Ariff Ab. Kadir, 23, yang maut dalam kemalangan jalan raya selepas empat jam bernikah.
Dalam kejadian di Kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar itu, turut terbunuh ialah bapanya Ab. Kadir Awang, 55, dan ibunya, Apsah Othman, 59, serta jurugambar, Mohd. Farhan Musa, 18, yang juga rakan Mohd. Ariff.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 1 petang ketika Ab. Kadir yang memandu kereta Proton Iswara Aeroback dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Melati Indah, Kangar, selepas majlis akad nikah di rumah pengantin perempuan di Anak Bukit, Kedah.



Bagaimanapun semasa melalui jalan tersebut, tayar kereta berkenaan dipercayai tiba-tiba meletup mengakibatkan kenderaan itu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.
Kereta itu lalu bertembung dengan sebuah bas pelancong membawa 27 penumpang sehingga terperosok ke bahagian bawah bas.
Akibat kejadian itu, Apsah yang duduk di sebelah Ab. Kadir, manakala, Mohd. Farhan serta Mohd. Ariff di tempat duduk belakang maut di tempat kejadian.
Berikutan itu, polis terpaksa menggunakan khidmat pasukan bomba dan penyelamat untuk mengeluarkan keempat-empat mayat yang tersepit.



Setelah mengetahui kecelakaan itu, pengantin perempuan, Teh Afifah Syahirah, 23, bersama keluarganya bergegas ke bilik Mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.
Mereka bagaimanapun enggan bertemu pemberita.
Difahamkan, kenduri perkahwinan di rumah Ab. Kadir yang bertugas sebagai pembantu makmal di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra di sini, bagi menyambut menantu akan diadakan di Taman Melati Indah, pada Ahad ini.
Mohd. Ariff, jurutera muda yang baru pulang belajar dari luar negara akan melaporkan diri sebagai pensyarah pengajian kejuruteraan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, di sini, pada 16 Disember ini.
Mohd. Farhan pula adalah anak kepada seorang anggota polis, Koperal Musa Awang yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar.
Musa ketika ditemui di HTF menyatakan, urusan pengebumian anaknya itu akan dibuat malam ini di Tanah Perkuburan Islam Tanjung, Beseri di sini.

Dalam pada itu, suasana pilu menyelubungi rumah mayat hospital itu apabila dibanjiri sanak saudara, manakala di rumah mangsa di Taman Melati Indah turut dipenuhi orang ramai.
Kerja-kerja gotong-royong untuk mendirikan khemah kenduri untuk majlis perkahwinan Mohd Ariff dan pasangannya, Teh Hafifah, 23, turut dibatalkan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Perlis, Asisten Komisioner Zull Aznam Harun berkata, pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan bagaimana kereta yang dipandu oleh Ab. Kadir boleh memasuki lorong bertentangan.


P/s :- Arwah Pn Apsah merupakan bekas kerani sek omaQ Sk Oran suatu ketika dahulu…Mudahan Allah tempatkan keluarga arwahyarhamah bersama dengan orang yang beriman hendakNya :)



SK ORAN adalah sekolah rendah sofie dlu,... masyaalllah.....

Semak Status IC Anda



Jika anda ragu2 dg status seseorang anda bolehlah meyemak status IC sesiapa p0n yg warga negara malaysia........
termasuk anda sendiri.... huhu....


KLICK LINE NIE UNTUK SEMAK IC

Thursday, December 17, 2009

Kenangan After PMR



Hurmm.......
16 october 2009 after PMR aye n teman2 peg memerdekakan diri meneroka gua at hutan simpan kampung ape tah da lpa,.... huhu....
kenangan mmg ckup besh bile my bezs asyraf beranikan diri beliau msok dlm gua n last2 jatuh dlm lumpur,...
kesian2,...
cave2 punya cave jtoh jgk.... hahhahahah.....
bak kata perpatah org tua dlu2 sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tnah jua... kah3...

With My Sis At Kuala Perlis



Mse Boring2 kte owg peg lpak at kola jap....
fuhh,.... indah sunggoh alam ciptaan tuhan.

Lepak At Ayin House


 Hahaha,.....
 Dowg tgah chatting nk cri awekz ngok btol................
 Tak pdn dgn kecik gloq !!!! hehehehe...............

MY MOTO



My moto
wave 125 s
hight speed 120 km/h
RH 3065
WANTED MOTO !!!!
Hahah.......

Lagu Baru Bunkface – Ekstravaganza atau Extravaganza?



Ekstravaganza atau extravaganza? Minggu lepas ada seorang pembaca blog ni yang memberitahu mengenai lagu baru Bunkface – Ekstravaganza (ejaan yang betul kot ni). Masa tu, lagu penuh takde lagi dalam alam Internet ni. Saya sendiri pun tak dengar lagi lagu ekstravaganza ni yang versi penuh.

Tarikh Pengumuman Keputusan PMR 2009























Dalam surat khabar tadi ada disebut yang keputusan PMR 2009 akan diumumkan lagi seminggu iaitu pada 24 Disember 2009. Calon-calon yang berkenaan tu boleh la bersedia di sekolah awal-awal pagi lagi sebab keputusan PMR tersebut akan boleh didapati seawal jam 10 pagi.

Maklumat tentang tarikh pengumuman keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom dalam satu kenyataan hari ini.

Sedikit tambahan, kepada calon persendirian, keputusan boleh akan didapati menerusi pos. Tahun ni, seramai 475,182 calon mendaftar untuk peperiksaan PMR.

Hari-hari Terakhir di Penghujung Tahun 1430 Hijriah

Salam sejahtera buat semua.
















Langit beransur mendung seawal pagi 30 Zulhijjah 1430 Hijriah. Seperti yang telah dilaporkan oleh Jabatan Meteorologi dan Kaji Cuaca, langit hitam yang sarat dengan air memenuhi dada langit.

Perut bumi yang gersang sejak seminggu lalu kehausan titisan air. Mungkin hujan kali ini akan membawa gelombang banjir yang keseterusnya?

Entah, aku pelik. Kenapa banjir tahun ini ada banyak gelombangnya. Berulang-ulang. Hujan yang turun ini sepertinya sama sahaja seperti tahun-tahun sudah. Bukan sekadar di bahagian Pantai Timur, malahan Pantai Barat juga turut menerima nasib yang sama.

Ah, semua ini pasti disebabkan perubahan cuaca. Sekurang-kurangnya itulah yang sering diuar-uarkan. Padahal, sikap manusia yang banyak merubah bentuk muka bumi ini.

Kita telah memenuhi sungai dengan sarat kandungan sampah dan bahan toksik. Kitalah yang banyak menyumbang kepada perubahan ini. Sekarang semua pemimpin sibuk berkata tentang penjagaan alam sekitar, tapi akar umbinya mengertikah?

Angin yang berhembus sepoi-sepoi bahasa makin meliar. Deruan makin jelas kedengaran. Lambaian malar hijau makin galak. Risau juga ada yang tumbang menyembah bumi. Lebih dirisaukan jika ada yang diseret dalam tumbangnya pokok itu, sama ada tiang elektrik mahupun nyawa manusia.

Bila titis hujan pertama turun lalu terpercik dalam mata, baru aku tersedar yang masa sudah berlalu begitu pantas. Aku sudah berada di penghujung tahun. Tak lama lagi di penghujung tahun Masihi. Cepat sangat aku tiba di penghujungnya. Entah bila pula penghujung riwayat hidup ini?

Lalu, ringan tangan ini mengangkat tangan ke langit, lantas berdoa kepada Tuhan, melafazkan doa akhir tahun. Teringat lagi, sebelum ini, kerapkah aku berdoa meminta kepada Tuhan? Ibadah semudah ini, jarang sekali menjadi rutin. Ku cari sebak, tapi tiada air mata yang menitis.

Mungkin tahun baru akan menjanjikan peluang baru? Aku cuba untuk berhijrah kali ini. Untuk kesekian kalinya. Doakan aku.

Keputusan Perlawanan Akhir Bola Sepak Malaysia vs Vietnam Sukan SEA Laos 2009






















Alhamdulillah, akhirnya penantian selama 20 tahun berakhir jua. Emas untuk bola sepak Sukan SEA Laos 2009 akhirnya menjadi milik Malaysia setelah berjaya menumpaskan Vietnam 1-0. Walaupun Malaysia tewas 1-3 dengan Vietnam pada perlawanan peringkat kumpulan, tertebus juga kekalahan itu di pusingan akhir ini.

Happy Holidays


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Salam Maal Hijrah

SALAM MAAL HIJRAH dri isu hangat semoga anda berjuang lebih pada thun baru dan mendapat kejayaan.... Aminnn....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tabung Ayam