
LONDON  - Seekor katak Afrika yang besar dan ganas dirakamkan memakan seekor  tikus tanah sebagai hidangannya. Dengan kulit menggerutu dan berwarna  kelabu, ia cukup untuk membuatkan haiwan kecil lain takut untuk berada  berhampiran dengannya.
Katak  ini mampu melompat setinggi 3.65m. Jika digigit, mangsa yang menjadi  hidangannya akan berasa seperti terkena serpihan kaca tajam. Ia  merupakan katak pemangsa bersaiz besar yang duduk dan menunggu haiwan  berjalan di hadapannya. 
Katak  ini dirangsang oleh pergerakan dan akan menyambar hampir semua benda  yang berada dalam jangkauannya, termasuklah tikus. Mangsa akan mati  akibat lemas atau terkejut sebelum dihadam. Jika mangsanya terlalu  besar, ia akan memuntahkannya dan menunggu makanan yang lain. 
Walaupun  nampak ganas, katak ini dikatakan sebagai ibu bapa yang baik dan akan  melindungi anak-anaknya daripada diganggu.Ia gemar menjadikan serangga,  tikus tanah, burung malah katak-katak lain sebagai makanannya. 
Beratnya  boleh mencecah 2kg, sepanjang 24cm. Ia boleh ditemui di bahagian  selatan, tengah dan timur Afrika, selain saiznya sedikit kecil  berbanding katak gergasi yang hidup di Cameroon.