NEGARA
ALOR SETAR - Dua kawasan rekreasi di Pendang diarah tutup sementara selepas pihak berkuasa mengesan kehadiran bakteria kencing tikus atau leptospirosis baru-baru ini.
Pengarah Kesihatan Kedah, Dr. Marzukhi Md. Isa berkata, kawasan peranginan Bukit Perak yang menempatkan Hutan Rekreasi Sungai Rambai ditutup sepenuhnya.
Katanya, bagi lokasi kedua iaitu Pendang Lake Resort, pihaknya hanya menghentikan sementara semua aktiviti rekreasi air.
Katanya, ujian ke atas sampel air di kedua-dua lokasi menunjukkan ia sudah dicemari bakteria maut itu.
"Kedua-dua kawasan ini ditutup sementara waktu dan pemantauan akan dibuat sehingga ia bebas daripada bakteria itu.
"Orang ramai yang pernah mengunjungi kawasan berkenaan dan terdapat simptom-simptom penyakit kencing tikus perlu segera mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Beliau bagaimanapun mengesahkan setakat ini belum ada mangsa dilaporkan terkena jangkitan di dua kawasan tersebut.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.